Itinerari, Bajet, Tips, Panduan Melancong ke Indonesia (Medan)

Perjalanan ke medan 4 hari 3 malam 2023 adalah bersama semua ahli keluarga seramai 21 orang. Saya meminta tour agent untuk menyediakan bus bukannya van berasingan supaya family ada bonding time.


Selepas meninjau lebih kurang 6 travel agencies dari Malaysia dan Indonesia, maka saya telah memilih Amir Tour Travel oleh kerana harga package yang murah dan berpatutan.


Mula-mula takut juga mengambil tour package dari Indonesia berbanding Malaysia, kerana takut ditipu. Tetapi dapat sedikit keyakinan bila melihat review atau komen bekas pelawat yang telah menggunakan perkhidmatan Amir Tour Travel dengan review 4 bintang di google. Ini nombor telefon agentnya, boleh whatapps dahulu Bang Amin +62 813-6181-2161.


Jadi saya menyarankan orang Malaysia yang ingin ke Medan, Aceh, Jakarta dan Bandung, bolehlah menempah Amir Tour Travel ini untuk membawa anda berjalan dengan mudah dan lancar serta berpatutan.


Seperkara lagi, package Amir Tour Travel ini hanya mengenakan bayaran RM660 seorang dewasa tidak termasuk kanak kanak bawah 5 tahun free kalau cuti sekolah. Package termasuk Makan yang sedap banyak menu di restoren yang hipster. Hotel pun termasuk ada 3 atau 4 bintang boleh pilih, entrance fee museum dan package termasuk bus beserta pemandu pelancong.


Di bawah saya senaraikan jadual perjalanan sepanjang 4 hari 3 malam bercuti di Medan. Tips... jika ingin tidak kelam kabut, digalakkan ambil 5 hari 4 malam dan menginap sedikit lama di sebuah hotel yang kawasannya mempunyai banyak daya tarikan.


Sebelum saya lupa ada beberapa perkara yang saya ingin kongsikan:


1. Switch elektrik di Medan menggunakan dua pin ke dalam yang berbeza ketika saya di Bali dan Bandung.



2. Powerbank kurang 100 watt dibenarkan dibawa bersama sebagai hand-carry dan tidak boleh diletakkan di kargo atau check-in baggage.



3. Custom declaration perlu diisi dengan scan QR code. Boleb diiisi awal dan ditunjuk bila sampai medan.
4. Sampai airport KLIA2 boleh print bag tag, tampal pada handle bag dan drop. 1 jam masa di ambil untuk Scan Beg kali pertama, Scan Passport oleh imigrasen, Scan Beg kali kedua dan Scan Passport oleh flight staff.


Hari Pertama

Dabau Toba

Khamis

28 Disember 2023


6.30 - Parking kereta sehari RM12 sehari di Putrajaya Sentral kemudian naik KLIA Transit ke KLIA2 harga RM9 sehala. Pramugari dan Pramugara Mas pun naik melalui station ini.


10.30 - Berlepas dari KLIA2, penerbangan mengambil tempoh 1 jam.

11.30 - Ketibaan di International Airport Kualanamu.


11.42 - Membuat pembayaran penuh di Pejabat Amir Tour Travel cawangan Medan sebanyak Bayar RM 11 541, duit deposit sudah dibayar awal sebulan sebelum datang RM 900 bagi tempahan hotel.

12.00 - Makan tengah hari di Restoren IGAIGA, ikan siakap goreng atau ikan nila yang sedap.


12.30 - Sambung jalan 4 jam ke Lake Toba menaiki highway yang baharu siap. Di sini highway mereka menggunakan simen konkrit bukannya tar sepenuhnya untuk tahan lebih lama. Tetapi malangnya tayar kenderaan akan cepat rosak oleh kerana suhu panas konkrit.

2.10 - Paten atau bermaksud "mantap" ada menjual Kacang Tumbuk, walaupun kedai dimilik oleh orang cina tapi mempunyai sijil halal.


5.00 - Check-in Hotel Atsari, masuk saja bilik hotelnya bau yang sangat wangi dan bersih, recommended.



6.00 - Solat jamak takhir

6.30 - Maghrib di Danau Toba

7.00 - Dinner di Atsari Cafe

8.00 - Tidur


Hari Kedua

Samosir Island

Jumaat

29 Disember 2023


7.00 - Breakfast at Atsari Hotel



8.30 - Naik ferry melalui Danau Toba, ke Pulau Samosir

10.00 - Tarian Batak "Horas".

11.00 - Lunch di Restoren Puworejo, Danau Toba. Di sini banyak restoran makan dan Warkop (Warung Kopi) yang terletak ditepi jalan bergaung macam di Cameron Highland. Sambil makam dan minum boleh menikmati pemandangan yang luas tasik danau toba dengan kedalaman 500 meter yang sejuk didasarnya mengelilingi Pulau Samosir sebesar singapura yang terbentuk hasil letusan gunung berapi 75 tahun dahulu. Jadi sekitar kawasan adalah tanah hitam yang subur untuk bertani.


12.00 - Bergerak ke berastagi, tagi bahasa batak yang bermaksud tani.

3.00 - Minum di Carabel teh halia, goreng pisang panas dan jagung bakar.


3.30 - Bus rosak & jalan sesak disebabkan kerja lebarkan jalan. Nasib baik driver pandai membaiki dan ada sparepart bearing propeller radiator yang pecah. 30 minit juga berhenti untuk repair.

6.30 - Air terjun Sipisopiso, yang bermaksud aliran airterjun sangat laju macam pisau.

10.20 - Makan di Restoren Baktina Cafe & Resto Berastagi. Makanannya enak bangat sih.




10.45 - Check-in Hotel Green Garden

11.15 - Tidur

Hari Ketiga

Berastagi

Sabtu

30 Disember 2023


9.30 - Check-out Hotel Green Garden, terlambat 1 jam sebab terkunci toilet, Hotel pulak tiada kunci duplicate.

10.00 - Minum teh halia, membeli buah mangga dan pisang sikat di Pasar Buah Berastagi.


11.45 - Makan durian.

12.15 - Makan tengah hari ayam penyet di Cindelaras.

4.30 - Melawat Istana Maimun, muzium kesultanan.


5.00 - Check-in Hotel Antares 3 bintang okaylah berbanding hotel green garden yang dah lama.

7.00 - Makan malam di Restoren Pelagi Kuppie

8.00 - Shopping di Ramayana Mall.


Hari Keempat

Medan

Ahad

31 Disember 2023


10.30 - Check-out Hotel Antares. Sebelum pulang ke Malaysia jangan lupa membawa pulang Kek Lapis dan Kuih Bika Ambon, 1 bungkus 90 000 rupiah.


11.30 - Arrive airport kualanamu international, drop baggage.

2.00 - Departure

4.00 - Ketibaan di KLIA2, claim baggage…my brother late so takes some time

5.48 - Klia transit to Putrajaya Sentral

6.00 - Solat jamak, parking fee rm50 for 4 days

Faizal Nasir
Faizal Nasir

Ini adalah biografi ringkas penulis artikel. Faizal Nasir guru Sains dan Matematik sekolah menengah. Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di 4 buah sekolah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Ijazah Sarjana Pendidikan Kimia (UPSI). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment