10 Tabiat Baik Pekerja


Apabila anda melihat seorang itu kelihatan sangat berpengetahuan dan berkeyakinan di dalam bidang yang mereka ceburi, anda mulai sedar bahawa mereka tidaklah dilahirkan dengan kemahiran ini sejak lahir, tetapi mempelajarinya melalui kerja keras dan dedikasi.

Etika kerja dalam sebarang pekerjaaan adalah sangat penting  untuk berjaya, tidak kira jika anda berkerja bagi sektor swasta ataupun kerajaan.

Berikut ialah 10 tabiat yang terbukti berkesan bagi berkerja secara terbaik dan ini adalah masa yang sesuai untuk memperbaiki diri:

1. Kehadiran yang baik/Menepati masa :
- dua ciri ini mencerminkan kebolehupayaan pekerja mengurus masa mereka dan mengatasi halangan kerja.

2. Pastikan kawasan tempat berkerja bersih:
- pengalaman membuktikan bahawa pekerja yang mana membersihkan tempat bekerja mereka dan sentiasa berada dalam keadaan yang teratur adalah seorang yang cekap menyusun keutamaan mereka.

3. Turuti arahan dengan baik:
- menganggap bahawa suatu arahan telah dibawa dari pentadbiran atas secara jelas dan mengikutinya dengan tanggapan yang baik.

4. Bekerja dengan baik bersama pasukan:
- tidak mengharapkan penghargaan atau ganjaran dan menunjuk-nunjuk.

5. Fokus kepada matlamat akhir:
- lihat dari sudut keseluruhan dan diakhir sesuatu tugas.

6. Mengaku bersalah:
- pekerja yang berani mengaku bersalah selalunya bersedia untuk belajar kaedah yang betul dalam melaksanakan tugasan.

7. Tunjukkan sikap yang positif:
- tidak kira pekerja itu memang pendiam secara semulajadi ia amatlah penting untuk sentiasa memaparkan ciri-ciri seorang yang boleh didekati dibawah tekanan kerja yang tinggi.

8. Sanggup membantu rakan sekerja:
-  sentiasa berkongsi sesuatu pengetahuan untuk kebaikan organisasi.

9. Pamerkan idea yang membina:
- mempunyai kebolehan untuk menaplikasi kemahiran yang dipelajari untuk menambahbaik persekitaran kerja.

10. Ambil kesempatan terhadap latihan:
 - tabiat ini menunjukkan seorang pekerja yang sentiasa dahagakan pengetahuan.
Wan Mohd Faizal ®
Wan Mohd Faizal ®

Ini adalah biografi ringkas penulis artikel. Faizal Nasir guru Sains dan Matematik sekolah menengah. Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di 4 buah sekolah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Ijazah Sarjana Pendidikan Kimia (UPSI). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment