7 Sebab dengan Bersyukur Kita Akan Berjaya?


Adakah anda nak tahu kelebihan bersyukur dengan apa yang ada?
Ramai orang yang telah mempunyai jawatan, harta benda dan jawatan, tetapi mereka rasakan diri mereka masih tak cukup dan serba kekurangan. Mereka tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada.
Kajian daripada Robert Emmons dan Martin Seligman, bersyukur bukan sekadar memberi ucapan terima kasih.
Banyak kajian mendapati, dengan hanya bersyukur sahaja dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan.
Daripada artikel ini, anda mendapati dengan bersyukur dengan apa yang ada anda akan dapat mengurangkan stres, meningkatkan keyakinan dan merangsang fikiran anda.

Apakah Kelebihan Bersyukur?

Ramai yang masih belum tahu apakah kelebihan bersyukur. Antara kelebihan  ialah:

1. Bersyukur membuatkan kita gembira.

Mungkin hidup kita sekarang tidak gembira dan tidak bahagia. Sedar atau tidak perkara utama yang menyebabkan kita tidak gembira dan bahagia adalah disebabkan kita membandingkan diri kita dengan orang lain.
Mungkin kawan atau adik beradik kita lebih berjaya atau lebih kaya daripada kita yang menyebabkan timbul rasa cemburu dan kecewa.
Kita selalu membandingkan diri kita dengan orang lain dan akhirnya ia membuatkan kita kecewa dan tidak gembira.
Cuba fikir sejenak, adakah kita adalah seorang yang malang dalam dunia ni. Dalam dunia ada lebih 7 bilion manusia manusia, adakah anda rasa anda yang paling teruk?
Dengan melakukan rasa bersyukur selama 5 minit sehari boleh meningkatkan kebahagiaan dan kegembiraan anda sebanyak 10% dalam jangka masa panjang.
“Macam mana nak bersyukur selama 5 minit bro?”
Sabar-sabar.. Mudah je.. Ambil masa lima minit sehari, tarik nafas dalam-dalam dan tahan dan hembuskan perlahan-lahan.
Kemudian anda pejam mata dan bayangkan wajah isteri dan anak-anak, dan cuba anda fikir ada tak rakan-rakan anda yang belum dapat jodoh atau rakan yang telah berkahwin 10 tahun tapi belum dikurniakan anak.
Anda juga boleh bayangkan wajah ibu bapa yang masih hidup, mempunyai pekerjaan yang tetap dan diberikan kesihatan yang baik.
Jika anda fikir betul-betul, tiada sebab anda merungut kerana anda fikir anda kekurangan sesuatu.

 2. Bersyukur membuatkan orang suka kepada kita

Dengan bersyukur membuatkan kita lebih dipercayai, lebih sosial dan perwatakan yang menawan.
Ia membuatkan kita lebih ramai kawan dan memperbaiki hubungan sesama manusia.
Orang yang bersyukur akan menjadi orang yang mempunyai perwatakan menawan. Kajian mendapati orang yang 10% lebih bersyukur daripada orang yang tidak bersyukur mempunyai penampilan yang lebih menawan.

3. Bersukur membuatkan kita lebih sihat

Apabila kita sentiasa bersyukur, secara automatik kita tidak merungut, mengeluh dan marah.
Tanpa kita sedar, apabila kita sentiasa berfikir dan membuat perkara negatif, ia akan memberi kesan kepada kesihatan kita.
Bukan itu sahaja, kita juga kelihatan lebih tua dari umur kita. Cuba anda perhatikan rakan-rakan kita yang sentiasa ceria. Wajah mereka nampak muda dan orang suka disekeliling mereka.

4. Bersyukur akan meningkatkan kerjaya kita

Bersyukur menjadikan anda pengurus yang lebih efisen, membantu rangkaian anda, meningkatkan kebolehan membuat keputusan dan meningkat produktiviti.
Apabila anda bersyukur membantu anda mencapai matlamat kerjaya anda, dan ia juga tempat kerja anda lebih friendly dan membuatkan tempat kerja anda yang lebih seronok.

5. Bersyukur membina personaliti

Ya, ia memang benar, dan ia boleh mengubah hidup anda.
Serius, dengan bersyukur sahaja kita akan lebih gembira dan bahagia. Bagi saya hidup bahagia dan gembira ialah kunci kehidupan.
Apa gunanya hidup kaya raya tapi hidup tidak bahagia. Lagi best kalau kaya raya dan bahagia. Betul tak?

6. Bersyukur meningkatkan kualiti tidur

Bersyukur juga dapat memperbaiki kualiti tidur anda.
“Perbaiki tidur macam mana tu Mr Axe?
Ia dapat meningkatkan tempoh tidur anda dan mengurangkan tempoh untuk anda untuk tidur.
Bagi yang ada masalah insomnia, dengan bersyukur dapat membantu anda.
Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana syukur dapat meningkat kualiti tidur?
Bila anda bersyukur, anda tidak rasa nak bersaing dengan orang lain, tak dengki dengan orang lain, anda tak tertekan tengok orang lebih berjaya dengan anda.
Bila anda tidak stress, kan lebih mudah anda nak tidur.

7. Bersyukur membantu anda menjadi lebih tenang

Apabila kita bersyukur, kita tidak akan rasa stress dan marah. Kita akan maafkan semua orang dan bersyukur apa yang ada di sekeliling kita.
Jujur saya katakan dulu saya sentiasa stress dan marah kerana pelbagai sebab. Rasa tak puas hati orang lebih daripada saya, tak dapat jawatan yang diinginkan dan macam-macam lagi yang saya tak puas hati.
Bila saya lepaskan semua yang saya tak puas hati dan marah, saya lebih tenang dan gembira.
Ubat terbaik untuk stress bagi saya ialah dengan bersyukur. Anda tak perlu ubat untuk tenang kerana anda telah tenang.

Adakah anda bersedia untuk menjadi seorang yang bersyukur?

Firman Allah dalam Surah Ibrahim “Jika kamu besyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih.”
Adakah anda seorang yang sentiasa stress dan  panas baran? Mungkin anda perlu check balik tahap kesykuran anda.
Orang yang bersyukur adalah orang yang kaya, kaya maksud saya ialah kaya emosi. Emosi orang bersyukur sangat stabil, tenang dan bahagia.
Faizal Nasir
Faizal Nasir

Ini adalah biografi ringkas penulis artikel. Faizal Nasir guru Sains dan Matematik sekolah menengah. Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di 4 buah sekolah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Ijazah Sarjana Pendidikan Kimia (UPSI). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment