Perjalanan ke Florida USA kali ini ditaja sepenuhnya oleh IREX dibawah program Fulbright Teaching Excellence and Achievement (TEA) 2022 pada musim bunga. Program melibatkan guru dari lebih 50 negara yang memerlukan guru terlibat dengan semua aktiviti yang diajurkan oleh Host Universiti iaitu Florida Gulf Coast University di Fort Myers, Florida.
Program bermula pada 25/1/2022 Selasa hingga 11/3/2022 Jumaat selama 45 hari (6 minggu), guru-guru yang terlibat adalah guru Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris perlu menyertai seminar pengajaran pedagogi umum dan pengkhususan, melengkapkan tugasan (assignment) yang diberikan, persidangan, simposium, lawatan ke museum, lawatan ke tempat perlancongan seperti Miami Beach, bersama dengan guru mentor di sekolah tinggi untuk mengajar bersama-sama selama 2 minggu dan menyiapkan tugasan atau projek yang diberi.
Proses permohanan sehingga ke tarikh penerbangan mengambil masa selama 7 bulan dan guru perlu mengisi pelbagai jenis borang seperti borang kebenaran bertugas rasmi diluar negara. Permohonan VISA J1 dan temuduga di kedutaan pula mengambil masa seminggu. Guru yang menerima anugerah fellowship Fulbright TEA akan menerima peruntukkan sebanyak 23 000 USD iaitu bersamaan RM 96 000 pada tarikh 22/2/2022 yang meliputi kos perbelanjaan seperti dibawah:
1) Hotel Residence Inn by Marriott Fort Myers per night RM1750 X 44 = RM 77 044
2) Meal Allowance diberi secara tunai = RM 4038
3) Pocket Money + Domestic Reimbursement (Ujian PCR Covid, perjalanan ke Airport) diberi dalam bentuk prepaid debit card PNC Bank = RM 3468
4) Flight Ticket Pergi-Balik (Diterima seminggu sebelum penerbangan) = RM7303
Tips Travel:
1) fokus pada setiap dokumen penting
2) pakaian yang tidak ketat dan selesa amat membantu
Day 1
Selasa
25/1
Penerbangan ke US
Tertinggal DS2019 dalam scanner, wife tolong hantarkan sambil nangis. Tempoh masa perjalanan selama 23 jam melibatkan 2 transit iaitu di Doha dan di Boston, tempoh masa adalah sama bagi penerbangan dari arah Malaysia ke barat mahupun dari arah Malaysia ke timur. Sempat habiskan 5 movie dalam tempoh penerbangan
Day 2
Rabu
26/1
Virtual Orientation
Menghadiri orientasi secara maya melalui zoom oleh kerana kurantin. Kuarantin kendiri di hotel wajib 5 hari bermula setibanya di USA
Day 3
Khamis
27/1
Lunch Time
Kebanyakkan peserta fulbrighter menghadapi masalah makan tengah hari dan malam kerana pesanan makanan secara online "instacard" memerlukan nombor telefon bimbit dan sesetengah kes kad kredit tidak boleh digunakan.
Day 4
Jumaat
28/1
Favorite Breakfast
Day 5
Sabtu
29/1
Online Groceries Purchases
Day 6
Ahad
30/1
Negative Covid Test but positive Pregnancy Test
Day 7
Isnin
31/1
Workout
Day 8
Selasa
1/2
Campus Tour
Day 9
Rabu
2/2
Middle and High School Visit
Day 10
Khamis
3/2
Dining Hall & Orchestra
Day 11
Jumaat
4/2
Symposium & Guided Reflection
Day 12
Sabtu
5/2
Marine Visit
Day 13
Ahad
6/2
American Friendship Family Activities & Welcome Reception
Day 14
Isnin
7/2
Walking to FGCU Signboard
Day 15
Selasa
8/2
My Teaching Practises Sharing Session
Day 16
Rabu
9/2
STEM Inquiry Learning by Dr. Onder
Day 17
Khamis
10/2
Attending FGCU University's Academic Classes
Day 18
Jumaat
11/2
Shopping FPV Drone at Best Buy
Day 19
Sabtu
12/2
FGCU Open Day 25th
Day 20
Ahad
13/2
Thomas Edison & Henry Ford Winter Estates Museum
Day 21
Isnin
14/2
Dunbar High School Science Apparatus
Day 22
Selasa
15/2
US School Science Laboratory
Day 23
Rabu
16/2
Mentor Teacher Ms.Joeselynn Wright
Day 24
Khamis
17/2
Mentoring Session
Day 25
Jumaat
18/2
Farm Tour
Day 26
Sabtu
19/2
Miami Beach Tour
Day 27
Ahad
20/2
Vizcaya Museum Miami Tour
Day 28
Isnin
21/2
Regina Bale Project-Based Learning
Day 29
Selasa
22/2
Teaching Science at Dunbar International Baccalaureate STEM High School
Dipantau oleh wakil IREX Ms. Lynn Seumo & Ms. Whittney, School District Officer Ms. Carla, FGCU Prof.Zhou. Membantu Ms. Joselyn Wright mengajar subjek Biology 1 (DNA and RNA structure)
Berpeluang mengajar Sains tingkatan 2 atau dikenali sebagai Biologi 1 di USA selama 2 minggu di High School “A World Class IB STEM School”. USA berada pada kedudukan 19 bagi pencapaian Sains manakala Malaysia pada kedudukan 49 (PISA 2018). PISA adalah ujian antarabangsa melibatkan 79 negara.
Cabaran Mengajar di USA:
1.Ramai murid hispanic tidak mahir berbahasa inggeris (civil war 1)
2.Ada 3-4 murid yang tidur dari awal pagi hingga habis kelas - tujuannya bagi memastikan sekurang-kurangnya murid datang sekolah dan belajar sesuatu daripada duduk dirumah
3. Ramai murid lambat masuk kelas, hampir habis satu period 35 minit tanpa ditegur- sama tujuan memastikan murid hadir ke sekolah
4. Murid barisan belakang bersembang, menyalin sambil dengar headphone besar siap goyang2 kepala, sesetengah kaki atas meja- alasannya adalah murid bermasalah jika tak datang ke sekolah akan jadi lebih bermasalah. Namun, kelemahannya murid ini menganggu rakan-rakan lain
5. Ada ruangan learning objective, agenda di whiteboard tapi hanya ditulis oleh guru semasa diobserve oleh pengetua kerana tulisan kecil tidak dapat dilihat murid
6. Kuat mencarut contohnya "mak kau"
7. Murid dibenarkan membawa telefon sendiri ada yg sedang bermain telefon namun terkawal- idea dia adalah untuk mudah cikgu telefon murid
8. Apabila masa hampir nak habis kelas 20% murid dah berdiri tak boleh duduk diam nak keluar kelas bukan semua kelas sebegini, kalau di Malaysia dikira sangat biadap
9. Dalam kelas sains Grade 9 murid campuran umur antara 14 hingga 16 tahun ada yang tahun lepas dah menghadiri kelas masih berada kelas yg sama bagi 2 tahun berturut, kerana mereka perlu mengambil ujian wajib lulus.
Keistimewaan STEM School di USA
1. Guru Sains hanya mengajar subjek Sains SAHAJA dan sehari 3 kelas. Setiap kelas 84 minit
2. Guru masih perlu membuat lesson plan
Terdapat kelas engineering & robotik formal dengan alatan yang lengkap seperti C&C machine
3. Murid lelaki dan perempuan didedahkan dengan ilmu coding seperti (java script, python etc) seawal umur 14 tahun.
4. Terdapat pertandingan Microsoft setiap tahun sehingga ke peringkat dunia
5. Tiada aktiviti kokurikulum setiap rabu seperti di Malaysia namun mereka mempunyai “Military Service” optional seperti PLKN
6. CCTV ada di mana2 kecuali di dalam bilik darjah - tidak kelihatan sebarang contengan memedihkan mata di kawasan tangga sekolah
7. Terdapat 3 pegawai polis yang bertugas setiap hari bagi mengawas kejadian yang tak diingini seperti “tembakan”
Kekuatan Mengajar Sains di USA
1.Isi kandungan Sains tingkatan 2 yang lebih advanced meliputi kandungan biologi tingkatan 4 di Malaysia. Setiap state seperti florida mempunyai buku teks tersendiri (Lihat Gambar)
2.setiap murid ada chromebook (laptop) yang dijaga dan disimpan di library sekolah yang diurus oleh librarian bukan dikalangan guru
3.smart touch screen, visualizer, printer serba lengkap seperti makmal sains dikahwinkan dengan cyber cafe - guru menyenaraikan 3 langkah arahan mudah untuk murid ikuti di depan whiteboard
4.jika murid lama di restroom, cikgu akan call pengawal sekolah menggunakan "telefon khas di makmal" bukan telefon bimbit peribadi
6.Murid memakai baju biasa maka ada yg memakai pakaian merah menyambar hati kalbu, ada yg gaya macam player bola, ada yg mcm artis R&B, ada kala kes terpencil nampak seluar dalam.
7. Purata jumlah murid 17-23 orang (african,latino, hispanic) yang berbahasa “spanish”
8. Cuaca selesa sejuk dengan cahaya matahari yang terang “Florida is a sunshine state”
9. Purata murid 12/23 yang betul2 beri perhatian, rata2 mereka bekerja “partime” waktu malam seperti dikedai runcit untuk memberi duit kepada ibu bapa termasuk pelajar International Baccalaurate (IB)
10. Ada mesin pengasah pencil dibelakang kelas
11. Walaupun buku teks murid umur 14 - 16 tahun Grade 9 tebal seperti peringkat universiti namun ada locker
12. Kahoot, google classroom, quizzes, pear deck amalan harian biasa
13. Dalam makmal ada mesin air untuk di minum oleh murid
14. Reka bentuk meja makmal berbentuk heksagon tak sekata dan diduduki oleh 2-3 murid dan semua badan murid menghadap hadapan
Day 30
Rabu
23/2
School Library
Day 31
Khamis
24/2
Last Practicum and a small celebration by Mrs. Carla Chuck District Education Specialist Officer
Day 32
Jumaat
25/2
STEM Balloon Activities by Dr.Onder
Day 33
Sabtu
26/2
TESOL Conference
Day 34
Ahad
27/2
Regina Bale PBL's final work
Day 35
Isnin
28/2
PBL presentation and Walmart with Dr. Onder
Day 36
Selasa
1/3
Dr. Houdyshell's reflection about yesterday's PBL
Day 37
Rabu
2/3
Shopping at T.J. Maxx with Dr. Onder Koklu
Day 38
Khamis
3/3
Hi-Tea at FGCU Starbucks and Lawn Movie Night
Day 39
Jumaat
4/3
PBL Group Presentation
Day 40
Sabtu
5/3
Visiting Faculty of Education
Day 41
Ahad
6/3
Global Teachers Cultural Exchange Session
Day 42
Isnin
7/3
Naples Botanical Garden Tour
Day 43
Selasa
8/3
Closing Ceremony
Day 44
Rabu
9/3
Naples Beach Sunbathing and Sunset Watching
Day 45
Khamis
10/3
Hanging out with American Friendship Family Dr.Jacqueline and Partner Calvin
Day 46
Jumaat
11/3
Going Back Home
Setelah 23 jam di dalam penerbangan dan transit bersamaan 2 hari pada hari 49 baru sampai Malaysia dari US
Secara keseluruhannya, pengalaman melalui program Fulbright TEA selama 45 hari di Florida USA merupakan pengalaman yang amat manis, menyeronokkan dan sukar untuk dilupakan. Banyak pengetahuan yang diperolehi seperti perkongsian budaya antarabangsa, kaedah mengajar dan pengalaman merasai kehidupan di negara amerika syarikat. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat dan dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran aktiviti-aktiviti program fulbright TEA yang boleh disertai oleh guru-guru di Malaysia yang tawarkan setiap tahun oleh MACEE dan kedutaan Amerika Syarikat. Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment