1. Pembahagian kumpulan bagi memenuhi keperluan setiap individu.
2. Empat aspek pembezaan PdPC: i) Isi Kandungan, ii) Proses, iii) Produk, iv) Persekitaran
2.1 Isi kandungan (sama) - konsep sama tetapi tahap kesukaran berbeza rendah, sederhana, tinggi.
2.2 Proses (beza) - Murid mencapai objektif pembelajaran yang sama tetapi melalui proses yang berbeza, cara murid memahami kandungan pembelajaran.
2.3 Produk (beza) - Hasil kerja murid berdasarkan tahap pengetahuan.
2.4 Persekitaran (beza atau sama) - Lokasi aktiviti PdPc.
3. Murid dibezakan berdasarkan tahap pengetahuan, gaya pembelajaran, minat.
Fasa 1: Pengaktifan (10 Minit)Soalan praujian pedagogi terbeza
Fasa 2: Demonstrasi (10 Minit)
Penjelasan isi kandungan modul pedagogi KPM (Slaid Powerpoint)
Fasa 3: Aplikasi (10 Minit)
Guru bekerja dalam kumpulan kecil merancang contoh pedagogi terbeza mata pelajaran matematik dan sains (Templat RPH Berperingkat)
Fasa 4: Integrasi (10 Minit)
Soalan pascujian pedagogi terbeza
DALAMI PdP TERBEZA: CABARAN DAN CADANGAN PENYELESAIAN
1.Cabaran: BILANGAN MURID 30–40 ORANG SEKELAS
SUKAR memberikan PERHATIAN kepada setiap individu, susah kawal kelas apabila aktiviti berbeza dijalankan.
Penyelesaian:
i. Gunakan STRATEGI STESEN PEMBELAJARAN. Murid akan bergerak mengikut tugasan berbeza.
ii. Laksanakan PEER TUTORING (Murid pandai membimbing rakan untuk menguasai pelajaran)
iii. Gunakan aktiviti KOPERATIF (Think-Pair-Share, Jigsaw, Gallery Walk) supaya guru tidak perlu memantau semua kumpulan serentak.
2.Cabaran: MURID BELUM MENGUASAI ASAS MEMBACA/MENULIS
Murid SUKAR ikut tugasan bertulis, lambat faham arahan, cepat hilang motivasi.
Penyelesaian:
i. Sediakan bahan VISUAL/BERGAMBAR/ AUDIO atau untuk aktiviti hands-on.
ii. GANDINGKAN MURID (peer buddy) agar dapat bertindak sebagai penggalak.
iii. Fokus pada aktiviti MEKANIS dan MUDAH dahulu (mewarna, jawab secara lisan, melengkapkan gambar/ayat mudah) supaya murid tetap mencapai objektif.
iv. Gunakan MASA TAMBAHAN (kelas pemulihan/literasi asas) sebagai sokongan luar waktu PdP.
3.Cabaran:MASA PdP TERBATAS
Sukar melaksanakan aktiviti TERBEZA dalam satu waktu PdP (30 minit )
Penyelesaian:
i. Gunakan strategi “KECIL TAPI KONSISTEN”(contoh: aktiviti latihan sahaja, bukan keseluruhan PdP).
ii. Aktiviti BERSTESEN murid bergerak ikut tahap, guru hanya fokus satu stesen kritikal, jadi masa lebih efisien.
iii. Gunakan BAHAH SIAP GUNA/ADAPTASI BUKU TEKS buku teks (hanya ubah soalan mengikut tahap murid.
iv. Latihan KENDIRI/LANJUTAN di luar kelas (projek mini, bacaan tambahan) untuk murid pandai.
v. Laksanakan PEER TUTORING (rakan bimbing/ajar rakan).
vi. PENGURUSAN MASA, tetapkan had masa untuk setiap aktiviti.
4.Cabaran:BEBAN GURU MENINGKAT
Penyediaan RPH dan BAHAN TERBEZA ambil masa, tenaga dan menambah beban kerja.
Penyelesaian:
i. Gunakah BUKU TEKS untuk latihan terbeza.
ii. Sekiranya ada bahan tahun lepas, KITAR SEMULA dan UBAH SUAI SEDIKIT BAHAN mengikut tahap murid.
iii. MANFAATKAN TEKNOLOGI (Guna aplikasi sedia ada seperti Wordwall, Quizizz, Kahoot, Canva untuk menjimatkan masa)
iv. KOLABORASI SEDIAKAN BAHAN ikut tahap murid.
v. Gunakan BAHAN SIAP GUNA KPM. Bahan yang disediakan boleh diadaptasi terus tanpa buat dari kosong.
5.Cabaran:SIKAP DAN MOTIVASI MURID
Ada murid TIDAK MAHU MENCUBA tugasan berbeza atau cepat putus asa.
Penyelesaian:
i. Gunakan MINAT MURID dalam pemberian tugasan.
ii. Berikan TUGASAN BERPERINGKAT (scaffolding) bermula dengan soalan mudah, kemudian semakin sukar.
iii. Beri PUJIAN dan GANJARAN kecil untuk USAHA bukan hasil semata-mata
iv. Sediakan PILIHAN TUGASAN (choice board) untuk murid berasa ada kawalan terhadap cara belajar.
v. Wujudkan BUDAYA KELAS POSITIF, kesilapan itu sebahagian daripada pembelajaran
vi. Gunakan PEER BUDDY/RAKAN SOKONG agar murid lebih berani mencuba
vii. Amalkan murid MENCATAT KEJAYAAN YANG DICAPAI DALAM PdP WALAUPUN KECIL pada bahagian bawah buku latihan mereka sendiri setiap kali sesi PdP.
6.Cabaran:TAHAP PENGUASAAN MURID TERLALU BERBEZA
Sukar SEIMBANGKAN KEPERLUAN murid cemerlang dan murid lemah serentak.
Penyelesaian:
i. Gunakan PEER TUTORING (murid pandai membantu untuk mengajar/membinbing murid sederhana/lemah).
ii. Sediakan TUGASAN LANJUTAN untuk murid pandai/cepat siap
iii. Berikan BIMBINGAN kepada MURID LEMAH
7.Cabaran:KEKANGAN KEMUDAHAN/TEKNOLOGI
Tidak semua kelas ada AKSES ICT, bahan bantu atau RUANG fleksibel.
Penyelesaian:
i. Guna BAHAN MURAH dan MUDAH (kad imbas, carta, kertas kosong diliminate jadi papan putih untuk murid tulis dan angkat)
ii. Laksanakan PdP secara STESEN MANUAL
iii. Gunakan RUANG SEKOLAH (surau, dewan kecil, koridor) dengan kebenaran untuk melaksanakan aktiviti.
8.Cabaran:PENTAKSIRAN SUKAR DILAKSANAKAN
SUKAR MENILAI murid yang hasilnya berbeza.
Penyelesaian:
i. Gunakan RUBRIK FLEKSIBEL yang menilai aspek utama (idea, kefahaman, usaha)
ii. Laksanakan pentaksiran FORMATIF PANTAS (kuiz ringkas, refleksi lisan)
iii. Laksanakan PENILAIAN KENDIRI/RAKAN SEBAYA.
9.Cabaran: JURANG LITERASI DIGITAL
Ada murid MAHIR ada yang langsung TIDAK MAHIR.
Penyelesaian:
i. Gandingkan murid MAHIR dengan murid lemah ICT.
ii. Sediakan TUGASAN BERTINGKAT, iaitu murid cemerlang buat tugasan digital (contoh: Canva, PowerPoint), murid kurang mahir guna versi manual (poster, carta).
iii. LATIHAN ASAS ICT secara berperingkat (menaip, cari gambar, buka aplikasi), kemudian naik taraf.
iv. Gunakan APLIKASI MESRA MURID (contoh: Quizziz, Kahoot, Wordwall) yang lebih interaktif dan tidak rumit.
v. Sediakan ALTERNATIF OFFLINE seperti beri lembaran bercetak atau gunakan peralatan asas.
10.Cabaran:TIADA SOKONGAN RAKAN GURU UNTUK MELAKSANAKAN PdP TERBEZA
Tidak semua guru dalam panitia mengamalkan PdP TERBEZA menyebabkab guru tertentu rasa keseorangan melaksanakannya.
Penyelesaian:
i. Bina KOMUNITI KECIL amalan terbaik (PLC/Lesson Study) untuk berkongsi RPH, bahan dan pengalaman.
ii. Mulakan dengan guru yang SUDAH MENCUBA PdP TERBEZA menunjukkan contoh ringkas
iii. Bimbingan rakan sebaya (MENTOR-MENTEE)
iv. Gunakan PERBINCANGAN PANITIA untuk masukkan elemen PdP TERBEZA dalam RPT atau bank soalan supaya semua terlibat sedikit demi sedikit.
v. SOKONGAN PENTADBIR dengan menggalakkan PdP TERBEZA.
11.Cabaran:SILIBUS BANYAK
PERSEPSI PdP TERBEZA dianggap melambatkan silibus dan semua murid perlu KUASAI perkara yang sama.
Penyelesaian:
i. Keutamaan pada SK dan SP TERAS (essential learning)dahulu dan bukan semua isi perlu sama mendalam.
ii. PEMBELAJARAN BERFOKUS (chunking) (pecahkan topik besar jadi unit kecil) agar lebih mudah diikuti semua murid.
iii. Laksanakan AKTIVITI STESEN/TUGASAN BERTINGKAT (boleh cover isi sama tetapi dengan tahap berbeza serentak)
iv. PENGAYAAN DI LUAR WAKTU PdP, iaitu murid pandai boleh diberi tugasan projek/bacaan lanjutan sebagai aktiviti kendiri tanpa mengganggu silibus.
v. Laksanakan UJIAN FORMATIF PANTAS dan dilakukan secara berkala.
Sumber Rujukan :
No comments:
Post a Comment