PBD: Panduan Merekod Perkembangan Murid di dalam Kelas

Di sini saya kongsikan beberapa cara untuk merekod perkembangan pembelajaran murid sebagai rujukan rakan guru. Rekod ini penting ketika guru membuat penetapan TP kemahiran (bahasa) dan keseluruhan selain evidens buku latihan dan ujian/kuiz yang dilaksanakan kerana pentaksiran tidak berlaku melalui kaedah tulisan semata-mata. 


Dengan adanya catatan perkembangan pembelajaran murid, guru-guru lebih mudah menjelaskan tahap kemajuan murid kepada ibu bapa dan tindakan yang boleh diambil bagi membantu murid terbabit.


A. CARA MUDAH DAN PANTAS


1.  SENARAI SEMAK RINGKAS ✅

 • Tandakan ✅ (kuasai) / ❎ belum kuasai).

 • Cepat dan sesuai apabila murid ramai.


2.  KOD WARNA

 • Hijau = Konsisten & Menjadi Contoh

 • Kuning = Boleh Buat & Kukuh

 • Merah = Tahu & Faham

 Sekali pandang nampak pola kelas.


3.  KOD BINTANG

 • ⭐️ = belum menguasai

 • ⭐️⭐️= dalam proses menguasai

 • ⭐️⭐️⭐️= telah menguasai

 • ⭐️⭐️⭐️⭐️= bantu kawan


4.  STICKY NOTE (Cara saya dulu)

 • Catat nama ringkas murid & pemerhatian simpan dalam buku rekod atau fail khas/murid.

 • Bukti mudah untuk semakan PBD.


5.  RAKAMAN SUARA /VIDEO RINGKAS

 • Sesuai untuk mengajar kemahiran bacaan, hafazan, lisan.

 • Bukti autentik tanpa menulis panjang.


6.  CATATAN PADA BUKU NOTA MINI GURU

 • Catat perkembangan setiap murid, lihat perubahan dan kemampuan murid berdasarkan SP (catatan anekdot : Ali mampu kira tambah dua digit)


7.  APLIKASI DIGITAL PERCUMA

 • Google Form, Padlet, ClassDojo.

 • Rekod tersimpan automatik.


8.  EXIT TICKET

 • Murid jawab 1 soalan ringkas sebelum tamat PdP.

 • Guru kumpul untuk dijadikan data tahap murid.


B.  RUBRIK (Lebih Sistematik)


 • Definisi: Deskripsi tahap penguasaan bagi sesuatu SK (TP1TP6).

 • Kelebihan: Spesifik, konsisten, mudah jelaskan pada ibu bapa/pentadbir

 • Contoh BM (Menulis Karangan):

 • TP1: Menyalin perkataan asas.

 • TP2: Menulis ayat mudah dengan bantuan.

 • TP3: Menulis 3–4 ayat lengkap.

 • TP4: Menulis perenggan ringkas.

 • TP5: Menulis karangan ringkas dengan isi tersusun.

 • TP6: Menulis karangan matang dengan hujah bernas.


*Apabila murid hasilkan tugasan, guru tanda pada rubrik - sudah menjadi rekod perkembangan.


C. CARA LAIN (Fleksibel & Kreatif)


1. CHECK IN/ CHECK OUT MURID                               

•    Murid pilih warna / kad ikut kefahaman sebelum  dan selepas PdP.          

•   Guru ambil gambar → bukti progres.


2. BUKU REFLEKSI MURID                                        •     

•   Murid tulis “Hari ini saya faham …” / “Saya masih keliru tentang …”. Guru semak dan boleh padankan dengan TP


3. PORTFOLIO MURID (Digital /Fizikal)                                         

•  Simpan hasil kerja terbaik murid. Label TP pada setiap hasil.


4. PENILAIAN RAKAN SEBAYA

 • Murid nilai hasil kerja rakan ikut kriteria mudah.                                                         

 • Guru sahkan dan catat 


5. GAMIFIKASI/LENCANA DIGITAL.                         

•  Murid dapat “badge” atau bintang ikut penguasaan.                                                     

•  Rekod perkembangan boleh dijejak dari jumlah lencana.


- Guru bebas mencatat di mana-mana sahaja, tidak ada ketetapan. Yang penting cikgu dapat menunjukkan catatan atau rekod perkembangan kemajuan murid yang dibuat apabila diminta.


*Semoga bermanfaat*

Faizal Nasir
Faizal Nasir

Ini adalah biografi ringkas penulis artikel. Faizal Nasir guru Sains dan Matematik sekolah menengah. Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di 4 buah sekolah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Ijazah Sarjana Pendidikan Kimia (UPSI). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment