Kenapa kita selalu rasa penat ?



​Pernah tak tidur lama, bila bangun badan still rasa penat? 


​Kita anggap tidur saja cukup utk rehat. 


Sebenarnya, tidur 1 daripada 7 jenis rehat yg kita perlukan.


Kalau kita sentiasa penat sehingga kelesuan melampau (burnout), kita sebenarnya kurang jenis rehat yg lain. 


​Situasi 1: Kita perlu rehat emosi & sosial


Bila ada masalah kerja, kita automatik bersedia mental utk hadap konflik...masa inilah tenaga emosi & sosial kita diperah. 


Situasi 2: Kita perlu rehat mental & deria


Bila kita tersangkut jem, kita guna tenaga mental & sensori utk peka keadaan sekeliling. 


​Langkah pertama atasi masalah kurang rehat diatas adalah dgn kenal pasti mana tenaga paling banyak dihabiskan dalam sehari. 


Selepas itu, barulah kita boleh fokus utk dapatkan jenis rehat. 


Kajian Deloitte menunjukkan majoriti pekerja hilang minat kerja kerana tempat kerja jadi punca utama tekanan. 


Malah, lebih separuh daripada responden menganggap pekerjaan mereka sebagai punca gangguan tidur atau insomnia. 


Menurut kajian Stanford, persekitaran tempat kerja dianggarkan menjadi punca kematian ke-5 terbesar di US. 


Masalah hilang minat, susah tidur & letih melampau kita rasa adalah akibat kegagalan kita merawat badan ikut jenis rehat yg diperlukan.


​Jadi, kenali 7 jenis rehat & caraNYA, rehat yg kita perlukan boleh jadi 1 jenis...dan boleh jadi gabungan beberapa rehat seperti berikut:


​1) Rehat Mental / Kognitif


​- Waktu utk tenangkan fikiran. 


- Tak perlu berhenti kerja atau pergi bercuti panjang. Rehat mental boleh diperoleh dgn berehat pendek beberapa minit pada setiap 2 jam waktu bekerja. 


- Boleh juga dilakukan dgn menulis segala fikiran sebelum tidur supaya otak tak terus fikir.


​2) Rehat Sensori / Deria


- Cahaya lampu terang, skrin komputer, bunyi telefon & sembang kosong pejabat boleh menyebabkan deria kita terlalu dipaksa dirangsang.


- Membawa kepada sindrom bebanan sensori. 


- Boleh diatasi dgn pejamkan mata beberapa ketika di tengah sibuk kerja. 


- Tutup radio masa balik kerja, paksa diri berpisah dgn gajet yg ada skrin. 


- Rehat dari dunia terlalu bising.


​3) Rehat Kreatif


- Hidupkan semula rasa kagum teruja dalam diri kita mcm masa kita budak dulu. 


- Biarkan diri kita menghayati keindahan alam semula jadi itu sebenarnya adalah rehat kreatif.


- Luangkan masa hargai karya seni. 


- Ubah ruang kerja jadi tempat memberi inspirasi, letakkan gambar tempat yg kita suka. 


- Kita habiskan masa 40 jam seminggu menghadap dinding pejabat kosong hambar, mcm mana nak harap sentiasa bersemangat, apatah lagi keluar idea-idea luar biasa. 


- Golongan profesional kreatif ruang pejabat nampak ceria & bukannya hambar.


​4) Rehat Emosi


- Bukan semua masalah orang masalah kita.


- Luahkan perasaan secara bebas & hentikan tabiat buruk sentiasa nak jaga hati orang lain sampai makan diri sendiri. 


- Jujur dgn diri sendiri. 


- Orang yg cukup rehat emosi akan jawab soalan jujur "Saya tak okey hari ini," kongsi perkara berat yg terbuku di hati jarang diceritakan pada orang lain.


- Selalunya, kurang rehat emosi ini datang sekali kurang rehat sosial. 


5) Rehat Sosial


- Kita tak bezakan hubungan beri kita tenaga positif dgn hubungan toksik atau meletihkan. 


- Kita menyerap emosi orang sekeliling kita.

 

- Jadi, kalau dikelilingi oleh orang negatif & murung, lama-kelamaan kita akan rasa emosi yg serupa.


​- Rehat sosial berkualiti, kelilingi diri dgn orang yg positif. 


- Luangkan masa dgn kawan yg ikhlas tanpa ada agenda lain. 


- Kurangkan hubungan alam maya, utamakanlah hubungan nyata di depan mata.


​6) Rehat Rohani atau Spiritual 


- Rasa dipunyai, disayangi, diterima, serta mempunyai hala tuju hidup yg bermakna. 


- Libatkan diri dgn aktiviti kemasyarakatan berimpak besar semasa rutin harian, contoh ibadah.


7) Rehat Fizikal


- Tidur atau Berurut.


Faizal Nasir
Faizal Nasir

Ini adalah biografi ringkas penulis artikel. Faizal Nasir guru Sains dan Matematik sekolah menengah. Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di 4 buah sekolah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Ijazah Sarjana Pendidikan Kimia (UPSI). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment