"5 Soalan MAUT & menguji minda dari Penemuduga?"



1. Mengapakah ayam berkokok pada waktu pagi?

2. Nyatakan 2 Arah yang perlu diambil kira semasa mendirikan khemah?

3. Bolehkah anda menyebut tiga hari berturut-turut tanpa menyebut hari rabu, hari jumaat dan hari ahad?

4. Anda mempunyai 20 biji epal didalam bakul. Terdapat 20 murid didalam sebuah kelas. Anda mahu berikan sebiji epal kepada setiap seorang, tetapi masih mahu menyimpan satu biji epal di dalam bakul tersebut? Bagaimana anda akan melakukannya?

5. Bayangkan diri anda memandu di lebuh raya pada hari yang berangin. Tiba-tiba anda perasan beberapa orang yang berdiri di tepi jalan dan berhenti untuk membantu. Mereka adalah rakan baik anda, seorang perempuan tua yang sakit dan gadis impian anda. Kini, wanita yang sakit hampir mati dan memerlukan bantuan perubatan dengan segera. Dalam kes lain, anda mendapat hanya satu peluang untuk menghabiskan masa sehari dengan gadis impian anda, dan sudah tentu anda tidak boleh meninggalkan rakan baik anda. Jadi apa yang akan anda lakukan untuk membantu wanita untuk sampai ke hospital? Ingat, bahawa kereta anda boleh membawa 'HANYA DUA' orang (pemandu dan seorang penumpang).



















Jawapan:

1. Ayam jantan yang akan berkokok untuk:
- berkomunikasi
- mengumumkan bahawa dia sedang mengawasi kumpulan ayam
- memberitahu ayam betina/jantan dimanakah ia berada
- memberi amaran bahaya tentang kehadiran haiwan pemangsa
- memberitahu bahawa ayam betina telah bertelur
P/S:  ayam-ayam betina kadang-kadang membuat percubaan berkokok untuk meniru ayam jantan tetapi sebaliknya ia keluar sedikit sebagai tertawa kecil  atau dlm b.i “cackle”..hehehe

2.
-Kedudukan khemah seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah .
-pastikan arah angin dibelakang khemah untuk mengelakkan angin memasuki pintu hadapan khemah seterusnya mengakibatkan khemah terbalik.

3. Semalam,hari ini dan esok.hehehe=)

4. Berikan semua 19 epal kepada setiap seorang  dan murid yang terakhir diberikan epal yang masih berada di dalam bakul.

5. Anda meminta rakan  baik anda  untuk membawa perempuan tua itu ke hospital dan kemudian anda menghabiskan masa sehari dengan gadis idaman anda anda.How’s that?

Wan Mohd Faizal ®
Wan Mohd Faizal ®

Ini adalah biografi ringkas penulis artikel. Faizal Nasir guru Sains dan Matematik sekolah menengah. Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di 4 buah sekolah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Ijazah Sarjana Pendidikan Kimia (UPSI). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment