Tawaran Biasiswa Kerajaan Jepun: MEXT Part 1


Setiap tahun kerajaan Jepun menawarkan biasiswa kepada guru-guru Malaysia yang telah mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 5 tahun bagi menyambung pengajian di universiti-universiti mereka. Biasiswa ini akan menanggung semua yuran pengajian, flight tiket pergi dan balik, menyediakan kediaman international house dan yang best elaun tambahan 174000 yen atau bersamaan RM5400 sebulan. Selain itu, guru-guru yang terpilih akan dipimpin oleh tutor atau pelajar malaysia disana bagi menyesuaikan diri disana.

       Ya saya tahu mesti cikgu-cikgu tertanya macam mana dengan status gaji cikgu sekarang sekiranya berjaya memperoleh biasiswa ni? Untuk maklum gaji cikgu adalah seperti biasa dan tidak terjejas sama seperti cuti belajar bergaji penuh beserta biasiswa (HLP) tapi tajaan dari luar dan latihan perguruan ini hanya selama 1 tahun 6 bulan so tak la lama sgt rindu Malaysia tu. Setahun research peringkat master manakala 6 bulan awal/semasa pengajian belajar bahasa jepun.

      Bagi yg sudah berkahwin mereka boleh bawa bersama anak2 selepas mendapat tempat di universiti Jepun. Terdapat syarat2 lain yg perlu dipenuhi antaranya ialah umur pemohon tidak lebih 35 tahun jika belum birthday ke 35 masih boleh mohon. Markah prestasi LPNT minimum 85 bagi tiga tahun berturut. Jadi pada mereka yg berminat boleh mohon di laman web https://esilav2.jpa.gov.my dimana iklan akan di siarkan setiap awal tahun pertengahan bulan januari.

     Untuk mengetahui pengalaman saya memohon &  ditemuduga bagi biasiswa ini boleh lah baca part 2 pengalaman berharga ditemuduga oleh pihak kedutaan Jepun. Klik link ini CARA MEMOHON BIASISWA INI

Disini saya lampirkan maklumat lebih terpericini:

Faizal Nasir
Faizal Nasir

Ini adalah biografi ringkas penulis artikel. Faizal Nasir guru Sains dan Matematik sekolah menengah. Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di 4 buah sekolah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Ijazah Sarjana Pendidikan Kimia (UPSI). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment