Cara Memohon Biasiswa Jepun: MEXT Part 2


Okay seperti yg saya janjikan entri kali ini saya akan berkongsi pengalaman saya memohon biasiswa ini.

Step 1:
Isi pemohonan di laman web jpa TAPI Saya dapat tahu biasiswa ni melalui laman KPM pengumuman rasmi. Isi semua maklumat peribadi kemudian print out slip permohonan seperti gambar dkt atas. Utk maklumat semua permohon boleh menyemak sama ada dokumen yg telah di hantar dah diterima oleh jpa atau tidak melalui QR code pada slip permohonan tersebut. 

Step 2:
Oleh kerana tarikh tutup permohonan adalah sgt singkat. Saya terus membuat Medical Check Up di klinik kerajaan print out borang khas dari laman web kpm. Kos medical check up RM20.00 bleh dpt keputusan dalam masa 2 hari. Selalunya appointment dgn doktor waktu petang.

Step 3:
Maklum kepada pengetua sekolah utk perakuan markah prestasi dari borong yg didownload. Selain surat recommendation dari pengetua. Nasib saya baik...pengetua sempoi sokong permohonan.

Step 4:
Pemilihan university di Jepun. Cikgu jangan risau sebab setiap lawan web University terdapat course list dalam bahasa inggeris beserta nama potential supervisor just isi je dulu nama universiti, course code make sure sama dengan tajuk kajian yg cikgu nak kaji. PROPOSAL ni cikgu tiru je yg sedia ada dlm google ada banyak comparative studies between Japan and Malaysia MEXT scholarship. 

Step 5: 
Ikut senarai semak tu buat 3 salinan surat recommendation acah2 xbaca surat tu kononnya. Saya post surat tersebut 2 hari sebelum tarikh tamat guna pos laju so bleh check la dh sampai on time ke tak guna trekking sistem.


Step 6:
Selepas tu, cikgu2 tunggu keputusan dia sementara tu bleh lah semak dokumen dah sampai ke jpa ke belum guna QR CODE pada slip permohonan, dalam masa sebulan juga. Awal mac saya dpt keputusan email dari kedutaan lihat screenshot dibawah:

P/s: untuk mengetahui pengalaman saya ditemuduga klik link ini.
PENGALAMAN TEMUDUGA BIASISWA JEPUN



Faizal Nasir
Faizal Nasir

Ini adalah biografi ringkas penulis artikel. Faizal Nasir guru Sains dan Matematik sekolah menengah. Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di 4 buah sekolah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Ijazah Sarjana Pendidikan Kimia (UPSI). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment