Pengalaman Temuduga Biasiswa Jepun: MEXT Part 3

Apa khabar semua? Kali ni saya akan kongsi pengalaman saya duduk exam/ ujian bahasa  dan temuduga pihak kedutaan Jepun yg terdiri dari 3 panel penemuduga iaitu Professor Junichi Watanabe (Pensyarah Ambang Asuhan, UM), Dr.Ghazali Mohd Taib (Pensyarah IPG Kampus antarabangsa merangkap pembaca berita RTM) segak orangnya & ke 3 Santero wakil Embassy of Japan.

First: Examination English (1 Hour)

Dibawah ni saya ada sertakan link untuk contoh2 soalan exam:
SOALAN PAST YEAR MEXT SCHOLARSHIP 2014-2016

Ujian start pukul 9.00 pagi habis pukul 10.00

Second: Examination Japanese language (2 Hours)

yang ni saya tembak sahaja sbb objective dan saya xtahu bahasa jepun. Its okay guys dont worry dia just nak tau samaada cikgu2 tau xtau..kalau tau bleh la dapt universiti jepun yang totally medium bahasa jepun. yang tak tau akan dpt uni yg ada english medium.

Last: Interview Session (30 Minutes)

Nasib saya baik saya seorang sahaja cikgu lelaki daripada 8 orang yg terpilih temuduga dan daripada 25 orang yg memohon. Rata2 cikgu perempuan tesl umur lingkungan 29 - 34. Paling jauh cikgu dari Sabah dan kelantan yg  menaiki flight.

Oleh kerana saya saje laki maybe sbb tu saya di temuduga dahulu. Yg pertama, so mmg nervous habis, tunggu diwaiting room 

Panel penemuduga ialah:
No.1: Professor Junichi Watanabe
No2: Dr.Gaz

No.3: Mr.Sentaro Ishikawa (Wakil Kedutaan Jepun) AKA tukang ambil kehadiran tiada gambar.

Mesti anda tertanya-tanya apakah soalan yg ditanyakan...Okey Soalan dia ada yg provokative ada yg macam temuduga lain seperti:

1) Perkenalkan diri (In english)
2) Research Proposal, kenapa nak buat kajian tu?
3) What is your future plan after the study?
4) Soalan seterusnya adalah berkaitan dengan soalan2 basic ni tadi. Bergantung sama ada jawapan anda best atau xbest. If jawapan biasa, diorang xtanya dahla. So pandai2 kene jawab take time sebelum kene smash okeh.

P/s: so sekarang sy sedang tunggu keputusan yg akan diemailkan oleh pihak kedutaan dalam 4 bulan jugak iaitu Ogos dan jika berjaya saya akan berlepas ke Jepun pada bulan 10.
Muka lega lps iv depan Kedutaan Jepun.
Even nk masuk embassy pun jenuh di scan mcm nk naik flight.
Ni rakan2 se sesi temuduga tu.




Faizal Nasir
Faizal Nasir

Ini adalah biografi ringkas penulis artikel. Faizal Nasir guru Sains dan Matematik sekolah menengah. Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di 4 buah sekolah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Ijazah Sarjana Pendidikan Kimia (UPSI). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian mana-mana pihak.

2 comments:

  1. Salam cikgu. Ada yg dpt tak biasiswa ni? Sy ingat nak mohon untuk tahun depan. Terima kasih

    ReplyDelete