4 Kelebihan Penjawat Awam

Pejawat Awam Boleh Miliki Minima 4 Buah Rumah 

Walaupun penjawat awam banyak kelebihan tapi ramai saya jumpa tak tahu pun kelebihan yang dimiliki mereka. 

Ramai yang hanya ingin guna pembiayaan LPPSA sahaja. Jom kita lihat kelebihan mereka. 

1. Rumah 1 - 100% Pembiayaan bank dengan Skim Rumah Pertama.

2. Rumah 2 - Pembiayaan bank 90% (cari 10% bawah pasaran dan boleh dapat pinjaman penuh. 

3. Rumah 3 -100% Pembiayaan LPPSA 

4. Rumah 4 - 100% Pembiayaan ke-2 LPPSA. Bila rumah no 3 dah naik harga dan hutang dah kurang, refinance ke bank dan gunakan kuota ke 2 LPPSA untuk beli rumah ke 4.

Bayangkan kalau suami isteri penjawat awam? 

1. Boleh pencen dengan 7+1 buah rumah. 

2. 7 buah rumah disewakan. 1 buah rumah duduk sendiri.

Itu kelebihan penjawat awam. Kita kalau bukan penjawat awam jangan dengki dengan mereka. 

Itu rezeki mereka. 

Tak salah miliki lebih dari 1 buah rumah. Tak ada istilah ambil hak orang. Berpuluh ribu unit rumah tak terjual setiap tahun. 

Kita tak beli. Orang lain tetap beli juga. Kita beli banyak rumah bukan untuk kaya. Tapi untuk anak bini kita. 

Bila kita 'pergi', ini hadiah kita untuk mereka. Tiada orang lain yang akan tanggung ahli keluarga kita. 

Ini hanya perancangan yang kita boleh capai. Rancang dari awal. Tak semestinya semua wajib ikut. 

Buat suami semua, jangan kita asyik sebut nak tambah 'orang rumah' kalau 1 buah rumah pun kita tak mampu sediakan. 


Faizal Nasir
Faizal Nasir

Ini adalah biografi ringkas penulis artikel. Faizal Nasir guru Sains dan Matematik sekolah menengah. Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di 4 buah sekolah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Ijazah Sarjana Pendidikan Kimia (UPSI). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment