Ha!..KBAT dalam kelab Badminton Sekolah? Macam Manalah Nak Ganti Datuk Lee Chong Wei?
Merujuk kepada Gambar 1 "soal selidik pembudayan KBAT"...
Tak semua situasi sesuai dijadikan “penilaian KBAT”
Yang penting ialah budaya berfikir, bukan beban dokumentasi.
Apabila KBAT dijadikan “borang tambahan” untuk semua aktiviti, ia hilang maknanya dan jadi sekadar diatas kertas.
Jadi, disarankan:
Kontekstualkan – bukan semua aktiviti perlu KBAT tahap analisis atau sintesis; kadangkala “berfikir” atau “membuat pilihan baik” pun sudah cukup...
Jangan sehingga salah tafsir dan tidak kene tempat sehinga pembudayaan KBAT dibudayakan dari A sampai Z....termasuk hal kecil seperti makan di kantin sekolah selagi melibatkan murid...atau konsep selagi boleh...
Ini menjurus kepada sekadar program dan mengisi instrumen soal selidik yang tak habis habis...impaknya kosong. Biar sikit tapi ada kualiti...
Penafian: Ulasan ini hanya sekadar pandangan peribadi penulis semata mata tidak mewakili mana mana entiti atau organisasi.


No comments:
Post a Comment