Dalam kelas, “menyalin” boleh berlaku dalam 2 cara:
1) Menyalin pasif = murid tak belajar❎️
Murid hanya menyalin nota, jawapan atau definisi tanpa memahami isi. Libat kognitif rendah "tahu salin". Sehinggalah, betul2 menghayati...baru belajar.
Sama macam cikgu suh ulang apa dia sebut.
Klau murid xhayati diorang xbelajar benda baharu hanya latih kekuatan menulis.
2) Menyalin aktif = murid belajar ✅️
Murid menyalin sambil meringkaskan, menulis semula dalam kata sendiri, menghubungkan idea. Libatkan pelbagai kemahiran kognitif tahap tinggi.
Belajar benda baharu mcm mana nak guna.
-Strategi PdPc Menyalin Aktif spt berikut:
i. Latihan Mengingat Semula
Cth: Guru memaparkan gambar rajah tumbuhan di papan kenyataan selama 1 minit, kemudian menutupnya.
Murid perlu lukis dan melabelkan keperluan fotosintesis berdasarkan apa yang mereka ingat tadi ke dalam nota mereka.
ii. Mengolah Semula Ayat
Cth: Definisi asal: "Fotosintesis ialah proses tumbuhan hijau menghasilkan makanan sendiri menggunakan cahaya matahari."
Murid tulis semula di dalam nota: "Tumbuhan buat makanan guna tenaga cahaya. Proses ini dipanggil fotosintesis."
iii. Soal-Jawab Kendiri
Cth: Sambil menyalin tentang "Hasil Fotosintesis", murid menulis soalan di tepi nota:
"Apa jadi kalau tumbuhan tak hasilkan oksigen?" atau "Kenapa glukosa penting untuk pokok?"
iv. Menyusun Maklumat
Cth: Daripada menyalin teks perenggan tentang perbezaan antara Stoma dan Klorofil.
Murid membina Jadual Perbandingan/ Peta Minda memisahkan fungsi kedua-dua struktur tersebut supaya nampak lebih jelas.
v. Pengkodan Dual
Cth: Semasa menyalin formula fotosintesis.
Selain menulis perkataan "Air + Karbon Dioksida", murid melukis simbol di sebelah perkataan tersebut.


No comments:
Post a Comment