Sains SPM B+...Walaupun Kelas Belakang...



*Sekadar Retrospektif, majoriti ciri murid belakang:


- Bukan dari kalangan orang senang.


- Tak ada previlege untuk belajar.


- Kemahiran belajar yg rendah.


- Latar belakang keluarga yg bukan berpendidikan tinggi.


Lepas sambung belajar aku setuju untuk ditempatkan semula atau mengajar di felda.


Ramai tanya aku...kenapa tak jadi Pensyarah IPG, kenapa tak kerja di Pejabat PPD, JPN atau KPM lepas habis belajar Phd?


Jawapannya...nak kepuasan bila anak murid berjaya dapat gred baik & sambung belajar...


Ternyata keputusan SPM hari ini mengesahkan teori...bahawa:


1) Bila mengajar kurangkan guru bercakap macam ala-ala kuliah...sebaliknya....lebihkan murid bercakap, bercerita...baharu diorang lebih aktif, faham & fokus.


 2) Wajib...hands-on...iaitu murid buat eksperimen....buat sendiri lain dengan sekadar tengok/ membaca.


3) Untuk bantu murid kelas belakang..tak boleh banyak2 perkataan meleret...sebaliknya aku paksa mereka beli highlighter...walaupun guna pensil...3 atau 4 kata kunci sambil sebut beberapa kali soalan & jawapan lepas...walaupun banyak kajian kata ini aras rendah..tapi untuk lulus masih relevan.


4) Murid ini rajin datang kelas tambahan..sentiasa senyum...rajin bersenam pagi di kawasan felda sebelum ke sekolah..jadi amat penting sikap yang positif untuk berjaya...Jadi aku selalu pengaruh kawan dia suruh join...modeling.


Rumusannya untuk dapat Gred Baik dalam Sains: 


1) Murid kene banyak barcakap/bercerita berkaitan isi pelajaran.


2) Murid kene buat sendiri bukan tengok atau baca sahaja.


3) Murid kene ada strategi belajar fokus isi penting, macam mana nak ingat lebih mudah?


4) Sikap/adab baik = keputusan baik. Datanglah dewa dari langit sekali pun kalau sikap/adap tiada..tak perform juga.

Faizal Nasir
Faizal Nasir

Ini adalah biografi ringkas penulis artikel. Faizal Nasir guru Sains dan Matematik sekolah menengah. Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di 4 buah sekolah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Ijazah Sarjana Pendidikan Kimia (UPSI). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment