Bahaya katakan "GPK cantik...terus buat
kesimpulan "Sistem pendidikan kita terbaik di dunia."
Pakar mencadangkan Kementerian Pendidikan Kutub Utara (KPKU) janganlah hanya "menghias" angka untuk nampak cantik di mata rakyat.
Sebaliknya, kualiti pendidikan perlu dinilai dengan jujur melalui data statistik telus & kaedah pengukuran standard.
Isu:
- GPK cuma tunjuk arah (naik/turun), bukan sebab / keberkesanan kenapa ia berubah. GPK bukan bukti kualiti, ia cuma trend
untuk kumpulan (kohort) itu. GPK sekadar
"kompas" arah, bukan "sijil pengesahan" yang sistem itu sudah sempurna.
Cth:
- GPK naik dari 4.0 ke 3.8. Kita tak tahu ia naik sebab PdPc hebat / sebab soalan senang / penurunan minimum markah lulus cut-off value. Sebab dibandingkan keputusan dengan ujian antarabangsa PISA & TIMSS prestasi menurun.
Idea Tambah Baik:
- KPKU transparent dedah berapa markah minimum lulus kepada umum, diaudit ketulusan tanpa manipulasi. Supaya gred murid betul-betul mengambarkan pencapaian / keupayaan sebenar murid = kualiti pendidikan sebenar kutub utara.
- Berpijak di bumi nyata. Akui kelemahan
supaya dasar pendidikan yang salah
boleh diperbaiki segera.
- Gunakan pelbagai penilaian lain, bukan
hanya bergantung pada satu angka purata sahaja.
Kesan buruk jika tak diatasi kelemahan ini:
- Kisah peningkatan prestasi murid ini bahaya kerana cipta ilusi kejayaan pendidikan. "Hanya Jaguh Kampung".
*Penafian: catatan ini hanya cerita dongeng peribadi penulis tidak mengambarkan mana-mana organisasi.


No comments:
Post a Comment